ingatlah teman dunia ini hanya sementara yang menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun neraka.....jadi berusahalah anda ke jalan yang benar...

Buat Renungan

syahdunya.....

Visitors

Answer and Question


ShoutMix chat widget
widgets

Pages

Popular Posts

Pendokong Aku

Tuesday, November 30, 2010

berubat dengan ubat

Pada suatu hari Nabi Musa a.s telah mendapat suatu penyakit yang pernah menimpa Bani Israel suatu ketika dulu. Kaumnya telah mendapat tahu tentang hal tersebut dan menawarkan untuk merawat Musa a.s dengan tumbuhan yang pernah mereka guna sebagai ubat dan sembuh.

Nabi Musa a.s menolak tawaran tersebut. Baginda tidak mahu berubat dengan tumbuhan tersebut. Baginda berkata biarlah Allah sembuhkan dirinya tanpa sebarang ubat. Puas kaumnya memujuk namun baginda tidak mahu berubat dengan tumbuhan tersebut. Kemudian baginda ditinggalkan bersendirian.

Ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah memohon supaya penyakitnya disembuhkan Allah, Allah berfirman kepadanya, "Demi kemulian dan keagunganKu wahai musa, Aku tidak akan sembuhkan penyakitmu itu sehinggalah engkau berubat dengan tumbuhan yang disebutkan mereka."

Maka segeralah Musa a.s bertemu kaumnya dan berubat dengan tumbuhan tersebut. Dengan izinAllah Musa a.s sembuh dari penyakitnya itu.

Namun Nabi Musa a.s masih gusar kerana tumbuhan tersebut telah menyebabkan dirinya sembuh. Lalu Allah swt berfirman,

"Wahai Musa, mahukah engkau aku tarik hikmahKu dengan tawakalnya engkau kepadaKu. Tidak pernah engkau terfikir siapakah yang telah meletakkan ubat pada tumbuhan tersebut sehingga ia menjadi bermanfaat kepada sesuatu?"

Lalu faham lah Musa a.s akan firman Allah tersebut.

Saudara sekelian, kita tahu bertawakal pada Allah itu benar tapi kita juga kena ingat segala sesuatu Allah jadikan itu tidaklah sia-sia. Apala guna ubat yang Allah ciptakan jika ia tidak digunakan untuk manfaat alaminya. Begitu juga benda-benda lain yang Allah turunkan manfaat padanya. Dengan itu kita tahu bahawa semua benda kejadiaan itu hanyalah jalan tapi hakikatnya Allah yang menyembuhkan dan menjadikan.

Kerana itu Nabi kita mengajar kita dengan konsep usaha dan tawakal. Seperti suatu riwayat mengatakan "Tambatlah unta kamu baru kamu bertawakal". Ini berikutan orang tersebut ingin bersolat tapi ia tidak menambat untanya. Bila ditanya mengapa demikian dia berkata aku bertawakal kepada Allah. Tidak kata nabi, hendaklah kamu menambat unta itu selebihnya kamu bertawakal kepada Allah.

Demikianlah juga nabi saw menyuruh kita "berubatlah kamu, kerana setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati." Bila ubat telah ditemukan kena pada rasinya dengan izinAllah sembuhlah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like

Text Widget

Text Widget