ingatlah teman dunia ini hanya sementara yang menjadi tiket untuk kita ke syurga ataupun neraka.....jadi berusahalah anda ke jalan yang benar...

Buat Renungan

syahdunya.....

Visitors

Answer and Question


ShoutMix chat widget
widgets

Pages

Popular Posts

Pendokong Aku

Sunday, December 5, 2010

Duit atau Allah

Duit lebih penting daripada pahala! dalam erti kata lain duit lebih penting daripada taat kepada Tuhan!!!

Aku harap ader yang brani komen dengan sejujurnya!! mana lebih penting daripada Duit dan Tuhan..

Contohnya permulaan hidup kita, bangun SUBUH..perghhh malas gilerr, dah bangun tapi nak tambah extra time 5min sambung tido! pahtuu masuk extra time lg...sudden death...then DEATH.. subuh hilang entah ke manaa.. bangun-bangun tanpa rasa bersalah (sangat bahaya ni..means iman sudah tiada)----- tapi bila bangun mau pergi kerja tengok jam dah lewat sikit bukan main berlari-berlari masuk tandas mandi! time subuh takde pulak tengok jam lewat terus berlari-lari amik WUDUK...betol kan??

Punch card punyer taknak kasi merah...takut duit gaji kena potong 50sen..cisss taik la korang! pahala subuh-subuh pun xde plak ko rasa nak berkira macam tuu...terang lagi pahala tu lebih besar dari gaji ko seumur hidup!

Tiba sahaja bab makan! gaji dah masuk kan..awal bulan ni mesti nak makan bes-bes nie..paling kurang pun lamb chop laa 3malam berturut-turut.. tapi takde pulak korang pikir awal bulan nie nak SEDEKAH banyak mana yer dekat anak yatim, surau, masjid, peminta sedekah tepi jalan tuu.. korang tau pertolongan korang yang sedikti membuat seseorang tu bahagia kerana beban yg tertimpa padanya rasa sudah diringan kan,contoh paling mudah cerita keluang man laa(xtau cerita nie seyesss bukan rakyat malaysia)..

Pernah tak kita menolong orang dengan ikhlas membuat kita rasa TENANG!..xpernah?? maknanya-ko mati xde aku kesah pun

Setiap hari manusia sibuk pikir nak beli iphone, blueberry, upgrade pc, shopping, modified kereta, kasut baru n macam2 laaa..tapi serius jarang sekali pikir nak beli kopiah baru, telekung baru, sejadah baru...pasal aku dah tengok nazak sangat la korang punyer..bau haprak tuu xtahan sangat.. yg lelaki tunggu hari jumaat jer baru cari benda2 tuu... butang baju melayu xde pun xperlaaa..INI MAU MENGADAP TUHAN!! ...aduss kereta calar sikit bukan main mengamuk padahal anak sendiri yang buat. Yang mana sepatutnya penting nieeeeee???

Korang nampak dah kan, penangan DUIT adalah segalanya..

p/s - meludah kelangit jatuh ke muka sendiri, harap blaja dari kesilapan
---http://hady-83.blogspot.com/---

6 nASihat Ibrahim bin Adham

Ibrahim bin Adham bercerita bahawa dia pernah didatangi seorang laki–laki dan bertanya kepadanya,
“Wahai Ibrahim, saya termasuk orang yang banyak dosa seorang yang zalim. Oleh kerana itu, sudikah kiranya Tuan mengajarkan hidup zuhud agar Allah menerangi jalan hidup saya dan melembutkan hati saya yang keras ini?”

Ibrahim bin Adhan menjawab,
“Kalau kau dapat memegang teguh ENAM perkara berikut, nescaya engkau akan selamat!”

“Apa itu?”

“Pertama, apabila engkau bermaksiat, janganlah engkau memakan rezeki Allah.”

“Jika di seluruh penjuru bumi ini, baik di darat mahupun di laut, di kebun dan di gunung–gunung ada rezeki Allah, maka dari mana aku hendak makan?”

“Wahai saudaraku, patutkah engkau memakan rezeki Allah, sedangkan engkau melanggar peraturan-Nya?”

“Tidak, demi Allah! Lalu, apa yang kedua?”

“Kedua, apabila engkau bermaksiat kapada Allah, janganlah engkau tinggal di bumi-Nya!”

Lelaki itu menukas,
“Tuan Ibrahim, demi Allah, yang kedua ini lebih berat, bukankah bumi ini milik-Nya? Kalau demikian halnya, di mana aku harus tinggal?”

“Patutkah engkau memakan rezeki Allah dan tinggal di bumi-Nya, padahal engkau melakukan maksiat kepada-Nya?”

“Tidak, Tuan Guru!”

“Ketiga, jika engkau hendak berbuat maksiat, jangnlah engkau lupakan bahawa Allah yang Maha Melihat!”

“Tuan Guru, bagaimana mungkin begitu, padahal Allah Maha Mengetahui segala rahsia dan mengetahui isi setiap hati nurani.”

“Layakkah engkau menikmati rezeki-Nya, tinggal di bumi-Nya, dan maksiat kepada-Nya, sedangkan Allah melihat dan mengawasimu?”

“Tentu saja tidak, wahai Tuan Guru!
Lantas, apa yang keempat?”

“Keempat, apabila datang kepadamu malaikat maut yang hendak mencabut nyawamu, maka katakan kepada malaikat itu, “Tunggulah dulu, aku hendak bertaubat.”

Lelaki itu menjawab,
“Tuan Guru, itu tidak mungkin, dia tak mungkin akan mengabulkan permintaanku.”

Ibrahim bertutur,
“Kalau engkau sedar bahawa engkau tak akan mungkin mampu menolak keinginannya (mencabut nyawamu), apa yang engkau fikirkan? Tentu, ia akan datang bila-bila saja, mungkin sebelum engkau bertaubat.”

“Benar sekali ucapan Guru! Sekarang, apa yang kelima?”

“Bilamana datang Malaikat Munkar dan Nakir kepadamu, maka lawanlah mereka dengan seluruh kekuatanmu.”

“Itu tidak mungkin, mustahil, Tuan Guru!”

Ibrahim bin Adhanm kemudian melanjutkan,
“Keenam, apabila esok engkau berada di sisi Allah SWT dan Dia menyuruhmu masuk neraka, katakanlah, “Ya Allah, aku tidak bersedia.”

“Wahai Tuan Guru, cukuplah, cukuplah nasihatmu!” jawab lelaki itu, dan ia pun pergi.



Nasihat Ibrahim bin Adham kepada seorang lelaki yang ingin bertaubat,
dipetik dari kitab Tazkirah al-Auliya (terjemahan bahasa Melayu).

Tuesday, November 30, 2010

berubat dengan ubat

Pada suatu hari Nabi Musa a.s telah mendapat suatu penyakit yang pernah menimpa Bani Israel suatu ketika dulu. Kaumnya telah mendapat tahu tentang hal tersebut dan menawarkan untuk merawat Musa a.s dengan tumbuhan yang pernah mereka guna sebagai ubat dan sembuh.

Nabi Musa a.s menolak tawaran tersebut. Baginda tidak mahu berubat dengan tumbuhan tersebut. Baginda berkata biarlah Allah sembuhkan dirinya tanpa sebarang ubat. Puas kaumnya memujuk namun baginda tidak mahu berubat dengan tumbuhan tersebut. Kemudian baginda ditinggalkan bersendirian.

Ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah memohon supaya penyakitnya disembuhkan Allah, Allah berfirman kepadanya, "Demi kemulian dan keagunganKu wahai musa, Aku tidak akan sembuhkan penyakitmu itu sehinggalah engkau berubat dengan tumbuhan yang disebutkan mereka."

Maka segeralah Musa a.s bertemu kaumnya dan berubat dengan tumbuhan tersebut. Dengan izinAllah Musa a.s sembuh dari penyakitnya itu.

Namun Nabi Musa a.s masih gusar kerana tumbuhan tersebut telah menyebabkan dirinya sembuh. Lalu Allah swt berfirman,

"Wahai Musa, mahukah engkau aku tarik hikmahKu dengan tawakalnya engkau kepadaKu. Tidak pernah engkau terfikir siapakah yang telah meletakkan ubat pada tumbuhan tersebut sehingga ia menjadi bermanfaat kepada sesuatu?"

Lalu faham lah Musa a.s akan firman Allah tersebut.

Saudara sekelian, kita tahu bertawakal pada Allah itu benar tapi kita juga kena ingat segala sesuatu Allah jadikan itu tidaklah sia-sia. Apala guna ubat yang Allah ciptakan jika ia tidak digunakan untuk manfaat alaminya. Begitu juga benda-benda lain yang Allah turunkan manfaat padanya. Dengan itu kita tahu bahawa semua benda kejadiaan itu hanyalah jalan tapi hakikatnya Allah yang menyembuhkan dan menjadikan.

Kerana itu Nabi kita mengajar kita dengan konsep usaha dan tawakal. Seperti suatu riwayat mengatakan "Tambatlah unta kamu baru kamu bertawakal". Ini berikutan orang tersebut ingin bersolat tapi ia tidak menambat untanya. Bila ditanya mengapa demikian dia berkata aku bertawakal kepada Allah. Tidak kata nabi, hendaklah kamu menambat unta itu selebihnya kamu bertawakal kepada Allah.

Demikianlah juga nabi saw menyuruh kita "berubatlah kamu, kerana setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati." Bila ubat telah ditemukan kena pada rasinya dengan izinAllah sembuhlah.

mengapa Hawa tercipta disaat Adam A.s tidur...

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayanga.

Friday, November 26, 2010

cinta versus nafsu

Kami hanya bercinta. Saya sayangkan sangat si dia, takkan saya nak rosakkan maruah dia. Aaahh!! Ini semua dongengan hikayat seribu satu malam. Kata hukamak: tidaklah sepasang lelaki dan perempuan yang saling berkasih melainkan matlamatnya hanya satu: SEKS. Tak nak percaya kata hukamak? Sebab kita lagi pandai dari mereka? Nah, ambik ilmu sains. Stimulus berupa kehadiran orang yang disayangi, ke atas pasangan lain jantina yang normal kesihatannya, akan merangsang pusat kawalan seksual dalam otak.

Arnab betina hanya akan bertelur (ovulasi) dan menjadi aktif untuk membiak dengan kehadiran seekor arnab jantan yang menarik minatnya. Itu arnab, tapi manusia, taklah sampai begitu. Cuma apabila kita bercinta, libido amat tinggi, hinggakan setiap rangsangan dan hubungan (dengar suara pun jadi, zaman moden ni, baca SMS, message YM pun jadi) menimbulkan Erotik. Tak percaya? Bukak kamus Greek, tengok EROS maksud LOVE. So, takkan takde kaitan?

Tak percaya jugak? Belajar Medic, tak percaya? Susah nak cakap dah. Saya sayangkan sangat dia, saya peluk dia, tak terangsang pun nafsu saya & awas!!! Sila berjumpa dengan Dr. Ismail Thambi. Anda mungkin mempunyai masalah. Wanita pun sama, cuma pakar ramai sangat, jumpa lah mana-mana pakar sakit puan. Atau jumpa mana-mana pakar Psychiatry, mungkin boleh membantu.

PEA, Dopamine dan Noradrenaline tidak kekal lama. Kesannya hanya antara 12-18 bulan. Cinta kemudian beralih ke tahap lebih mendalam. Otak, yang sudah lali dengan semua ini, menghasilkan Endorphins, sekumpulan bahan kimia semulajadi berstruktur seakan morfin, satu lagi dadah berbahaya. Seperti morfin, Endorphins mempunyai kesan penahan sakit. (lantas, ambillah kapak belahlah dada. No hal punya!)

Sebab itu para mujahid di medan perang (perasaan terlalu teruja dan semangat sebagai contoh berjihad, menghasilkan endorphin dengan banyaknya) tidak peduli akan luka dan cedera. Kita pernah dengar kisah Jaafar At-Tayyar dalam perang Mu’tah. Endorphins juga bertindak sebagai penstabil mood yang jauh lebih tinggi kesan ketagihannya berbanding PEA. Endorphins dirembes dengan banyak ketika disentuh (sapa kata pegang-pegang tangan tu biasa??? Amat berbahaya!!), melihat pemandangan menyedapkan seperti senyuman (senyuman membunuh) atau selepas berfikir positif.

Cinta. Siang terbayang, malam termimpi. Gambar ditatap, bantal didakap. Sehari tidak bertemu dirasa sebulan, sebulan bagaikan setahun. Tapi kalau sudah bertahun-tahun asyik melihat, hati mula rasa meluat. Kesan Endorphins mula hilang, purata hanya bertahan 4 bulan hingga 4 tahun. Dulunya rindu bukan main. Sekarang mula mencari yang lain.

Serotonin. Kesan serotonin kepada seorang insan yang sedang bercinta adalah sama seperti kesannya dalam obsessive-compulsive disorder. Sebab itulah mereka ini tidak boleh memikirkan orang lain. Di mataku, di hatiku hanyalah dirimu.

Atas fakta ini jugalah, ramai berpendapat pesakit yang mengambil SSRI dan ubat-ubat antidepressant yang lain kurang mampu untuk jatuh cinta. Hmmm kesian. Lelaki yang lebih bijak dan teliti, mencari masa yang sesuai untuk membuatkan usahanya lebih berkesan semulajadi, secara fisiologi. Kiraan bulan gadis yang ingin dipikat boleh menjadi amat berguna. Persky dan kawan-kawannya dalam kajian mereka mendapati wanita menunjukkan perasaan dan pergantungan kepada cinta dan rasa ingin disayangi lebih kuat pada waktu sekitar pengovulasian.

Kajian terkini mendapati LH-RF sejenis hormon yang dirembes untuk merangsang LH seterusnya merangsang pengovulasian, berfungsi seperti dopamine dan serotonin dalam hubungan lelaki dan wanita ini. Ya, mungkin sukar untuk mengira dengan tepat kitaran bulan, tetapi kesan estrogen dalam badan wanita mungkin boleh diperhatikan. Perincian? Aah, sukar dan memakan masa. Ini zaman pantas, semuanya segera.

Vasopressin. Vasopressin berlebihan menjadikan manusia agresif dan cemburu keterlaluan. Sebaliknya, kekurangan hormon ini menjadikan manusia mata keranjang. Yang satu mahukan dua. Yang dua mahukan tiga. Yang tiga mahukan empat. Yang empat mahu semua.

…and they lived happily ever after. Separately

20 petua jangan

20 Petua Jangan

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka,
syaitan sangat kasih orang yang begini.
Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas.
Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Orang tua2 berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar.
Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental.
Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada
anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib.
Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak.
Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan,
atau keluar tanpa tujuan yang baik.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala.
Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas.

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Punca hati jadi tidak tenteram.
Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa,
kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Tuhan suka orang yang merendah diri.
Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Banyak gelak lambang kelalaian.
Banyak gelak juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik
dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN...
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara,
ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah.
Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja.
Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta,
bukan yang menambah ego diri sendiri. Syaitan pun sayang banget kat kita!
Ia juga tanda kita tidak yakin dengan ilmu & penyampainya.
Syaitan suka sangat orang yang macam ni.


Diambil daripada Islah-Net.
Semoga bermanfaat.

Sunday, November 21, 2010

15 Tanda-tanda Kematian Mulia


KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika meninggal dunia Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika meninggal dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Meninggal dunia pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah
dengar lah lagu untuk untuk memberi seribu keinsafan kepada kita.....

cinta kepada dunia ibarat racun....cintailah kepada akhirat kerna ia ibarat penawar.

SAYANG kepada dunia melebihi segala-galanya. Itulah ‘al-Wahn’ iaitu penyakit memiliki nafsu besar terhadap kehidupan di dunia sehingga melupakan akhirat yang menjadi destinasi terakhir kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Hidup di dunia, tidak lain hanya suatu kesenangan dan permainan. Sesungguhnya kampung akhiratlah kehidupan yang sebenarnya. Jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut ayat 64).
Kematian pula adalah satu perkara pasti. Semua orang akan menghadapinya pada bila-bila masa dan di mana saja. Jadi, bersedialah…
Lantas, apakah kita akan berdiam diri melihat umat yang semakin hari semakin jauh daripada tuntutan Allah dan Rasulnya? Itu menjadi petunjuk bagaimana generasi kini mengangkat kehidupan dunia sebagai syurga mereka.
Lalai menjalankan suruhan Allah, terlalu sibuk dengan urusan mencari kekayaan dan mementingkan diri sendiri, akhirnya menjadikan mereka hamba kepada dunia.
Ingatlah dunia hanya pinjaman bagi menguji keimanan bagi menentukan kita ke syurga atau neraka. Ada golongan yang hanya memikirkan kehidupan dunia dan mencari kekayaan tanpa mengenal halal haram.
Dalam kehidupan dunia ini, kita dihadapkan dengan pelbagai dugaan termasuk kenikmatan dunia berupa harta kekayaan, pangkat, darjat, anak serta wanita.
Allah berfirman: “Dihiaskan manusia, mencintai syahwat (keinginan nafsu) seperti wanita-wanita, anak-anak dan harta benda yang banyak dari emas, perak, kuda yang baik, binatang-binatang ternak dan tanaman. Demikianlah kesukaan hidup dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga). -(Surah Ali-Imran ayat 14).
Justeru, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah agar diberi kekuatan untuk membezakan antara yang hak dan batil, yang makruf dan yang mungkar.
Mengenai penyakit cinta kepada dunia, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi bersabda: “Bahkan pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahn.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah al-wahn itu, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Cinta dunia dan takut mati” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ahmad).
Jika kita tidak mempunyai matlamat, malas berusaha memperbaiki diri, gemarkan keseronokan, mencari harta dunia untuk dibolot seorang diri, hasad dengki, malas menimba ilmu, rendah akhlak serta gila merebut kuasa adalah tanda seseorang itu hamba kepada dunia.
Menjadi keutamaan umat Islam sekarang membina semula kekuatan yang bertunjangkan keimanan dan akidah. Tiada nilainya jika kita semua berbangga memiliki jumlah umat yang ramai tetapi ramai yang tidak berkualiti dan bernilai.
Usaha pembinaan peribadi Muslim berkualiti penting untuk mengembalikan semula kedudukan Islam di tempat yang tinggi.
Dalam hadis, Rasulullah menjelaskan pada suatu masa nanti, semakin ramai manusia yang hatinya terpaut kepada dunia. Hadis itu bermaksud: “Akan datang kepada umatku suatu zaman, di mana mereka lebih cinta kepada lima perkara dan lupa kepada lima perkara lain iaitu cinta kepada dunia dan lupa kepada akhirat; cinta kepada harta dan lupa kepada hari hisab (perhitungan); cinta kepada makhluk dan lupa kepada penciptanya, cinta kepada dosa dan lupa kepada taubat, cinta kepada mahligai dan lupa kepada makam (kuburan).”
Dunia yang didiami manusia ini akhirnya nanti pasti lenyap dan binasa manakala yang terus kekal abadi adalah kehidupan di akhirat.
Allah memberikan kepada hamba-Nya pelbagai bentuk nikmat dan kesenangan. Mereka yang dianugerahkan kemewahan perlu menghayati dan mensyukuri nikmat itu untuk dimanfaatkannya ke jalan kebaikan bagi mendekatkan diri kepada Allah.
Muslim sejati perlu memiliki jiwa tidak terlalu mencintai dunia hingga gagal mempersiapkan bekalan secukupnya untuk ‘menemui’ kehidupan akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa bercita-citakan kehidupan akhirat, maka Tuhan menjadikan kekayaan dalam hatinya, dihimpunkan segala kepentingannya dan diberikan kepadanya kenikmatan hidup ini seberapa perlunya. Sesiapa bercita-citakan kehidupan dunia, Allah menjadikan kemiskinan antara dua matanya, dipisahkan daripadanya apa yang menjadi keperluannya dan tidak diberikan kepadanya kenikmatan hidup dunia kecuali apa yang sudah ditentukan.” (Hadis riwayat at-Tarmizi).
Dalam pemilikan harta contohnya, Islam tidak menghalang umatnya mencari harta sebanyak-banyaknya tetapi caranya mesti halal, bukan seperti Qarun dan Firaun yang sanggup menyekutukan Allah.
Harta adalah amanah daripada Allah. Ia perantara atau alat kepada kita bagi mendekatkan diri kepada Allah dan mewujudkan perhubungan antara manusia.
Sebenarnya harta kekayaan adalah anugerah dan hak mutlak Allah. Manusia hanyalah pemegang amanah dengan kemampuan dan hak yang terbatas.
Walaupun manusia bekerja keras, tetapi jika Allah tidak izinkan, manusia tidak akan mencapai kejayaan. Harta yang melimpah ruah turut ‘tersimpan’ hak orang lain.
Jadi seseorang wajib menyucikan hartanya melalui pembayaran zakat, nafkah bagi tujuan pembangunan Islam serta disedekahkan kepada mereka yang hidup dalam kesusahan.
Tanda jelas mereka yang cintakan dunia adalah gemar melakukan dosa. Memang manusia tidak terlepas daripada dosa tetapi yang sebaiknya adalah bertaubat.
Amat dikesali jika ada yang melakukan dosa dan kesalahan dengan sengaja. Dosa manusia ada dua iaitu dilakukan secara sedar dan disebabkan kejahilan.
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa taubat yang sebenarnya (taubat nasuha) adalah meninggalkan (berbuat) dosa dengan niat tidak akan mengulangi lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
Apa yang pasti, mati akan menjemput kita pada bila-bila masa. Allah berfirman yang bermaksud: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu walaupun kamu berada dalam benteng tinggi lagi kukuh.” (Surah An-Nisa’, ayat 78).
Tidak salah menjadi hartawan bahkan memang dituntut Islam bagi meningkatkan ekonomi ummah, namun jangan menyemai sikap terlalu cintakan dunia.
Contohnya, ada golongan yang terlalu sayangkan harta sehingga tidak berani untuk bersedekah dan infak. Apabila difikirkan perihal kematian, mereka takut kerana ia akan memisahkan kekayaan yang dimilikinya.
Perunding motivasi dan penceramah, Mohd Zawawi Yusoh berkata, sayang dunia (al-wahn) membayangkan golongan yang melihat dunia ini adalah segala-galanya.
“Orang yang rugi adalah mereka yang terlalu sayangkan dunia. Tidak salah ada perasaan sayang kepada dunia, namun kecintaan itu tidak boleh mengalahkan rasa cinta kepada Allah dan hari akhirat.
“Rasulullah berkata, dunia adalah kehidupan untuk mencari bekalan akhirat. Hasilnya akan dituai di akhirat nanti,” katanya.
Mohd Zawawi berkata, perbezaan manusia bergantung kepada amalan yang mereka lakukan.
“Ada yang dapat kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Kemudian, ada yang tidak dapat kedua-duanya sekali manakala ada golongan yang dapat dunia tetapi tidak dapat akhirat dan ada yang tidak dapat dunia, namun mendapat ganjaran di akhirat kelak.
“Manusia tidak tahu bila tarikh kematian sebenar kerana nama kita tidak ‘dipanggil’ mengikut turutan abjad.
“Lebih bermakna apabila kita dapat seimbangkan antara dunia dan akhirat di mana kita sayangkan dunia dalam keadaan takut mati,” katanya.
Katanya, kematian bukannya noktah kepada kehidupan tetapi ia persinggahan sebelum ‘berpindah’ ke alam lain.
“Ulama berkata, apabila meninggal dunia roh akan keluar daripada tubuh manusia kemudian masuk ke kubur menuju alam lain dan ke padang mahsyar.
“Roh tidak akan mati dan ia hidup selamanya,” katanya.
Beliau berkata, orang Islam perlu mematuhi dan mentaati pelbagai larangan berbanding orang kafir yang melihat dunia sebagai syurga.
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Fatimah Syarha Noordin berkata, balasan terhadap kematian adalah pelengkap kehidupan.
“Kita perlu memikirkan kematian kerana ia pasti datang. Orang yang beramal mahu kematian mereka dalam amalan soleh.
“Golongan tergopoh-gapah untuk mati ibarat membunuh diri. Apabila ingatkan mati, ia memberikan kita kekuatan untuk menjadi orang yang lebih berjaya dan berkualiti,” katanya.
Fatimah Syarha berkata, tanda golongan orang mulia adalah mereka yang hebat akhlak dan peribadinya serta sanggup berkorban apa saja demi agamanya.
“Rasulullah bersabda: “Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati”.
“Di Palestin contohnya, umat Islam di sana sanggup bergadai nyawa dan harta benda bagi mempertahankan maruah agama. Meskipun mereka menerima ujian yang sangat dahsyat, namun mereka reda dengan keadaan itu,” katanya.
Fatimah Syarha berkata, setiap individu perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi saat kematian mereka dengan melakukan amalan baik dan terpuji.
“Biarlah kita merasai derita di dunia dulu sebelum mendapat nikmat kejayaan paling besar di akhirat. Kekayaan sebenar adalah kekayaan memperbaiki tahap dan tingkatan iman kita,” katanya.
“Apa yang kita lakukan sekarang adalah rangka untuk menuju akhirat. Konsep kematian yang sebenar ialah roh seperti burung di dalam sangkar yang tidak sabar untuk keluar menemui pencipta-Nya,” katanya.
MAKSIAT…gemar berseronok melakukan maksiat antara tanda seseorang menjadi hamba kepada dunia. -Gambar hiasan

Saturday, November 20, 2010

Memo Taubat buat Rosmah - Isteri Najib

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaituharta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri   .Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .
 
Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .

Source from http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Petua menaikkan seri muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga.

Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

bagi yang MUSLIM:
1) rajin2 baca Al Quran, niat kerana Allah Taala.
2) rajin2 solat tahajud (bila bangun ambil wuduk, kembang wajah kita)
3) darah bekam di tanam
4) kuku yg dipotong, ditanam
5) bagi yg perempuan:sesudah makan, lambatkan meminum air. InsyALLAH... tahan muda.
Orang lelaki tak mengapa kerana lelaki makin tua, makin laku... :-)

2 kelalaian kecil mendidik anak

Sikap anak2 apabila besar amat banyak dipengaruhi oleh suasana persekitaran dan cara didikan oleh ibu bapa semasa mereka kecil lagi, yang berterusan sehingga mereka besar panjang.

Tidak dinafikan peranan pihak2 lain, seperti ustaz2 di masjid & surau, guru2 di sekolah, kawan2 di sekolah dan tempat tinggal, orang2 dewasa, kaum keluarga dan adik-beradik turut memberi pengaruh ke atas mental dan fizikal kita.

Juga peranan media cetak, elektronik dan teknologi semasa yang turut memberi impak besar kepada sikap, gaya hidup, kefahaman dan kecerdikan mental dan fizikal anak2.

Walau apapun pandangan dan pendapat kita, jika dilihat berdasarkan sabda Nabi S.A.W., ibu bapalah yang memberi kesan paling besar dan ketara dalam pendidikan anak2.

Di sini diberikan DUA saja contoh kelalaian ibu bapa mendidik anak dengan didikan agama, yang sering kita anggap perkara kecil. Walaupun ia mungkin perkara kecil, jika sudah setiap hari dididik dengan kesilapan kecil ini, yang kecil itu akan menjadi kesilapan yang besar pula.



PERTAMA:
Kita mengejutkan anak pada setiap awal pagi dengan berkata, "Bangun nak, cepat! cepat! Nak pergi sekolah dah ni!.. Nanti terlambat pulak"
Ini yang biasa kita dengar dan sebut kepada anak2 kita, agar mereka segera bangun dan bersiap2 untuk segera pula pergi ke sekolah. Salahkah cara itu? Ada betul dan ada salah!

Betulnya, kerana memang kita perlu mengejutkan mereka agar segera bangun untuk bersiap2 pergi ke sekolah. Menuntut ilmu pun merupakan kewajipan juga, dan sangat dituntut agama kita.

Salahnya, kerana sepatutnya kita mengejutkan mereka awal2 pagi untuk bangun mengerjakan solat subuh, bukannya mengejutkan mereka untuk pergi ke sekolah. Kalau kita kejutkan mereka untuk bangun solat subuh, maka amalan ini akan berterusan setiap hari sepanjang hayat kita dan hayat mereka.

Mereka akan terbiasa dikejutkan untuk solat subuh, lepas itu barulah bersiap untuk pergi ke sekolah.

Jika kita kejutkan mereka untuk bangun pergi ke sekolah, pada hari cuti, mereka tidak akan bangun awal pagi, kerana mereka tahu hari ini cuti sekolah. Mereka akan bangun lambat, malah sehingga matahari dah tinggi menggalah, dan akhirnya terlepas solat subuh.

Bukankah bangun mengerjakan solat subuh itu jauh lebih besar daripada bangun untuk pergi ke sekolah?

Inilah kesilapan kecil ibu bapa. jadi, mulai hari ini bangunkanlah anak kita untuk menunaikan solat subuh, selepas itu barulah bersiap untuk ke sekolah.

Biasakan diri menyebut kepada mereka mulai hari ini dan seterusnya, "Bangun, solat subuh! Lepas tu siap2 untuk pergi ke sekolah."

Kepada pelajar yang tinggal di asrama atau di rumah sewa di kolej atau universiti, ingatlah agar berniat sebelum tidur bahawa aku nak segera bangun awal2 pagi esok untuk menunaikan solat subuh, lepas itu baru bersiap untuk pergi ke 'sekolah', dan niat itu tetap dilakukan pada setiap malam, hatta pada hari2 cuti.

Ibu bapa tiada di sisi untuk mengingatkan kita. So, sendiri mau ingatlah!...



KEDUA:
Biasanya kita akan mengajar anak2 kita mengaji Al Quran di rumah sendiri atau di rumah para pengajar Al Quran, masa itu anak2 kita masih di sekolah rendah lagi. Ia akan berakhir apabila anak2 itu khatam Al Quran, dan kita meraikannya dengan membuat pulut kuning dan majlis bacaan doa khatam Al Quran.

Betulkah itu? Ada betul dan ada salahnya.

Betulnya, kita mengajar anak kita untuk mengaji sehingga khatam Al Quran, dan sekaligus pandai membaca Al Quran, walaupun masih tidak berapa fasih dan tajwid tunggang langgang.

Salahnya, kita hanya menghantar anak kita mengaji Quran sehiingga khatam itu saja. Salahnya, kerana kita beranggapan khatam Quran itu hanya sekali. Bila dah khatam, tak payah baca lagi Quran seumur hidup. Kalau anak2 nak baca Quran juga selepas itu, itu hak mereka.

Sepatutnya kita kena suruh juga anak2 itu mengaji lagi Quran walaupun dah khatam Quran sekali, masa darjah 6 dulu. Khatam Quran sekali bukan bererti tamatlah riwayat anak itu dengan Quran yang dibacanya. Membaca Quran adalah tugas sepanjang hayat, bukan terhad pada masa kecil saja.

Kebanyakan ibu bapa tidak peduli lagi sama ada anaknya pandai baca Quran atau hanya membaca 'merangkak2' dan lintang pukang, tajwid entah ke mana, fashahah entah ke mana, waqaf wasal entah apa dia, fatih munabih entah macam mana dan seterusnya.

Seeloknya, setelah anak itu habis mengaji, suruhlah pula mereka menghafaz beberapa surah tertentu, beberapa ayat lazim dan juzuk2 tertentu. Tidaklah asyik membaca surah pendek yang sama sepanjang masa semasa solat, terutamanya solat maghrib, isyak dan subuh. Suruh baca surah lain yang 'panjang sedikit', sudah menggelabah dan tak tahu!

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat untuk kebaikan kita semua.

Ada banyak lagi kelalaian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak2, tetapi jika yang DUA perkara ini dapat diberikan perhatian, ia sudah amat baik untuk kita.

Jangan sampai nanti Anakku Sazali mencerca bapanya sendiri kerana tersalah memberi didikan padanya semasa dia masih kecil dahulu.

Kenapa Lelaki menagis???

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Antara Anjing engan Manusia!!!

LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING : aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu Majah menyatakan bahawa

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram”.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
“Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

7 Prinsip Utama iLLuminati

Illuminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Illuminati adalah sebuah kerajaan bayangan yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting samaada dari segi politik, ekonomi, ahli saintis dan sebagainya dalam mencaturi segala pergolakan dunia serta mendalangi segala konspirasi untuk menguasai dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencipta New World Order iaitu One world Goverment. Illuminati lebih kepada sebuah organisasi dunia yang terdiri daripada ahli super power elite yang kaya untuk menjadikan masyarakat dunia menjadi hamba (slave).

Tokoh-tokoh penting ini pula berusaha sedaya upaya untuk mencari agen. Diharapkan agen ini akan menjalankan operasi proksi di beberapa negara agar New World Order menjadi kenyataan di dunia ini. Sehubungan dengan itu, apakah wujud proksi tersebut di Malaysia? Mari kita sama-sama merenung perhubungan dan interrelation di bawah.
7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI:

1. Aboliton of all national government.
(Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme)

2. Abolition of all religions except satanism.
(Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan)

3. Aboliation of family value.
(Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu)

4. Abolition of private property.
(Menghapuskan hak pemilikan pribadi)

5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes.
(Menghapuskan nilai pajak yang tinggi)

6. Abolition of patriotism.
( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara)

7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati
(Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati)
Jadi kita sebagai umat Muhammad haruslah berwaspada dengan segala taktik-taktik halus yang di guna pakai oleh mereka-mereka ini untuk menjatuhkan kita "Islam".....kita harus bersedia dari segi mental, fizikal, rohani dan juga spiritual....agar akidah kita tidak mudah terpesong dek ajaran-ajaran yang dibawa oleh mereka ini.....perbanyakkanlah ilmu didada....saya mengingat diri saya dan juga sahabat yang lain...amin....agar kita semua senantiasa dilindungi oleh Allah S.w.t...

Friday, November 19, 2010

disinilah permulaan hidupku....

assalamuailaikum kepada semua teman dan rakan...
saya mungkin baru di arena ini..jadi kalau ada salah dan silap tolong la perbetulkan... insyallah sy akan terima kerna saya bukan insan yang sempurna di mata kalian dan hina di mata Allah s.w.t...
tunjukanlah saya ke jalan kebenaran agar saya dapat menuju ke destinasi saya dengan selamat..iaitu syurga firdausi.....
ini mungkin permulaan saya untuk mendalami ilmu yang ada di media.... sy tertarik dengan sahabat baik saya iaitu denulfareast....dia merupakan sumber inspirasi sy....
dia ibarat idola kecil sy untuk sy menuju kejayaan..... apa yang saya harapkan ialah kejayaan di duniawi dan ukrahwi.....insyallah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Like

Text Widget

Text Widget